--<@

(",)
RSS

citcat


http://www.citcat.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.bidadari.dunia.



http://www.bidadaridunia.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.majlis.merisik.

Ahad, 29hb Januari 2012, 3-6pm




Alhamdulillah selesai majlis merisik. Rombongan Mr I disertai ayah & ibu, serta pakcik & makcik dari Rawang sudi berkunjung ke rumah untuk majlis merisik. Kakak angkat saya iaitu Kak Hartini bersama suami & anak perempuannya turut serta dalam majlis ni. Ikut perancangan majlis pertunangan pada awal bulan Mac & majlis pernikahan/persandingan pertengahan bulan September. Doakan. Amin.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

,kenal.lagi.tak?

Suatu hari....

Ada student ketuk pintu, nampak je muka dia saya terus teruja sebab dia ex-student saya, sekarang di Gombak. Alhamdulillah masih ingat kat cikgu di PJ ni. Lama juga berborak, dia mention pasal kawan2 dia di Gombak. Saya buat muka sebab cuba ingat kembali wajah2 tersebut. Serius, muka ingat tapi nama dah bercampur ingat lupa. lemah daya ingatan kena makan supplemen ni. Bila dia sebut nama2 tu (Raja Hazwan, Ismail etc), baru saya boleh bayangkan wajah2 ex-students saya yang lain & saya cuba ingat semester bila la saya mengajar diorg ni. Tiba masa dia nak minta diri untuk pulang, dia bagi soalan bonus pada saya..."miss..do you still remember my name?"..."err err eerr". hehe pastu saya buat muka bersalah sangat2, mana tak nya..dah borak hampir 15-20 minit, rupanya saya memang tak ingat nama dia. 'I'm Syed Roshan'...adus sorry ye. Padahal baru ngajar 4 tahun, dah tak ingat nama student sendiri. Emm bukan tak ingat tapi lambat sikit nak upgrade memori ni :)

Hari ni pulak....

Dapat SMS dari ex-student.."salam, pe kabar? miss tau tak sape ni?". Ehem of course lah tahu, saya jarang delete phone number student dari handset. Serius banyak gila nombor2 lama ex-students dalam handphone saya ni. rasa2nya diorg pun dah guna nombor baru, maklumlah student sekarang ni gemar tukar2 nombor macam tukar baju :p So dengan bangganya saya bgtau nama penuh dia..then dia reply 'woaaa..miss simpan lagi no saya'..hehe tgk orang la :) padahal ada waktunya kantoi tak ingat nama student sendiri. Sorry ye kalau di lain masa saya 'terlupa', maafkan cikgu kalian yang serba kekurangan ini :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.wow.

klu rajin singgah la sini:     http://www.iium.edu.my/cfs
I was surfing CFS website when I suddenly noticed our photos were displayed there on the first page! Owh my..owh my, Bro. Mahmoud (CFS webmaster) put our info+photo under a section titled 'Know CFS People'. Malu lah. Tak layak keluar page depan sebaris dengan orang2 atasan pulak tu...macam selebriti pulak dah :p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

taman.botani

Signboard tulis Taman Botani Malaysia tapi kat tiket masih cop Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam. Dah lama tak datang sini, dulu zaman sekolah datang buat kajian Geografi. Zaman U pulak datang untuk minggu induksi. Zaman belajar degree datang jalan2 naik basikal, pastu turun bukit langgar pokok balak, masuk hospital. erk..kenangan manis+pahit pun ada. Harga tiket RM3 untuk adult, nak masuk rumah 4 musim kena tambah lagi RM3

Pokok2 herba yang hidup segan mati tak mahu

Tasik yang hampir kontang, tiada penyelengaraan berterusan. Kalau ada aktiviti memancing, berkayak kan bagus

Nun di sana, banglo idaman saya ditengah2 hutan belantara yang mendamaikan

Ooops bukan bango tapi menara tinjau lah

adakah ini crop circle phenomena by aliens?pertama di malaysia ni..misteriii

pemandangan dari atas banglo :p
kalau lah dapat banglo menghadap tasik..mantap

musim salji yeay

Mr snowman & anaknya kelihatan di situ sedang bermain salji dengan gembiranya. Kawan2 yang tak pernah datang sini..silalah ke mari, tiket murah je. Owh bulan depan ada musim bunga mesti syokk :)

Reefa Gold @ Wangsa Walk...mencari2 sesuatu yang berharga di sini untuk majlis istimewa minggu depan & bulan depan..ehem inshaAllah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nak.cuba.resipi?

sotong singgang kuah hitam resipi kelate

Tadaa..ini namanya sotong masak hitam ala Kelate. Ntah le kat negeri mana lagi yang masak cara gini. Pantai Timur je kot? Ok bahan2nya..bawang, lada, serai, garam, ajino. 10minit siap masak. Dakwat hitam sotong jangan di buang, barulah dapat warna macam ni. Kalau dibuang jugak, jangan pulak ganti dengan kicap. Itu sotong masak kicap namanya. Tak sesuai! Ehem belajar memasak ye kawan2..bagus untuk masa depan. Setakat ni alhamdulillah saya boleh la masak tomyam, kari,kurma, sup etc. Masih berusaha keras untuk jadi master chef macam Dr Ezani Farhana, sang juara masterchef kita ni hah..agak2 tahun depan bole jadi masterchef malaysia kedua tak? :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

patah?


Cincin saya patah minggu lepas. Sebelum ni 2 biji love dari gelang tangan telah tercabut. Nasib baik mak jumpa kat tempat parking kereta di laman rumah dan tolong simpankan. Erm..brooch emas yang selalu pakai di tudung, pin nya juga dah senget2 ni..macam kena tukar baru. Ganas sangat ke saya ni? Rasa tak kot. Mungkin masa dah sampai untuk ke kedai emas, kan? Dah agak lama tak menjengah walaupun mak pengunjung setia kedai emas di PKNS tiap kali musim raya/kenduri.

Kalau ikutkan family saya, tiap2 anak perempuan akan dapat 1 set barang kemas (cincin, gelang & rantai). Maybe ada orang akan fikir kalau pakai cincin, itu tanda sudah berpunya. Tidak, tidak, tidak..rasanya ramai juga kawan2 saya yang memakai cincin (di jari manis lagi tu...), walau belum berpunya/bertunang apatah lagi dirisik. Normal bagi sesetengah orang/negeri...tapi menjadi pantang bagi sesetengah orang kot.

....cincin ni pun satu, 
....masa ni lah nak patah,
....macam tahu2 je,
....dirinya dah tak diperlukan
....macam ada orang nak tolong gantikan je
....ecececeh

....hihihi...mendalam tu... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

lawan.facebook

http://azimah.com/KawanVillage

agak2 bole lawan Mark Zuckerberg punya facebook ke? :p
Ni untuk projek Advanced database pulak..fuhhh mencabar btul sem ni..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

my.protege

The Protégé Ontology Editor and Knowledge Acquisition System

 http://protege.stanford.edu/



Bukan protege mentor tv3 tu ye..ni untuk Advanced Knowledge Management..fuh akhirnya siap ontology yang sungguh meyiksakan ini. Secara rasmi semua assigment+projek+test sudah dihantar dan semester 1 2011/2012 berakhir hari ini. Final semester mula bulan 3 nanti...so merdeka untuk 2 bulan yeay :)

**Goodluck Aisyah sem depan dgn subjek ni hihi :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

lagi.gambar.kawen

photobook pengantin dah siap
oleh itu gambar sefamili bersama pengantin juga sudah siap
proudly presents to you :)

rombongan dari terengganu

rombongan tuan rumah dari Shah Alam & Kelantan

our family members


Tak larat nak upload semua, kalau nak tengok moh jemput datang ke rumah :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

new year@sunway lagoon

kure2 spesies bjalan cepat

arnab spesis bulu lebat

ular sawa spesis sebesar gajah

ular sawa spesis omputih

iguana spesis pemalas

the one and only yang saya tak mau naik..kapal berpusing 360 darjah..owh tak sanggup

d longest air bridge in ? ntah le Sunway je kot

dari atas bridge..

weeee..

pantai tiruan dari atas bridge

Which package..all parks or 3 parks only? All parks ada Xtreme Park, Wildlife Park, Water Park, Scream Park, & Amusement Park. 3 parks cuma ada Wildlife Park, Water Park, & Amusement Park. Saya pilih 3 parks cukup..ini pun dah kena bayar RM80 tiap sorang (25% off with MyKad), pheww. Dah la Water park tu tak berkenan nak masuk, almaklum tak bawak baju lebih+segan la main air basah kuyup. Of course lah tak bole lawan Genting Theme Parks dulu, tapi still enjoyable..release tension time cuti tahun baru lah katakan...

Siapa yang tak pernah gi sini, sila tinjau details harga/pakej kat sini: http://www.sunwaylagoon.com

Pakej harga gambar atas brideg 3pcs=RM75..gile mahal!

Gambar Mr. I terpaksa diedit untuk tujuan keselamatan :p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.excited.


.Excited.Happy.Risau.Tergamam.Ternganga.Teruja.
Apakah? KakHas & Haedir..tolong

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.new.roomate.?

Memperkenalkan roomate baru saya...tadaaa

Tomeiiiiiiinyeerrr...

Ini roomate baru saya kat rumah bukan kat ofis

**Dulu semasa masih bersekolah, saya bela kucing nama Adverb (pelikkan nama ni?)
**Tapi bila dia mati kena langgar kereta depan umah..seminggu saya menangis
**Lepas tu saya nekad+merajuk tak nak bela lagi

Sekarang kat rumah saya cuma ada seekor kucing sahaja
Itupun ayah yang bela, nama dia Kulambe dan dia adalah seekor kucing tomboi
Yer tomboi sebab badan besar macam kucing jantan
Hatta kucing betina pun dok tergila2kan dia :p 

Alkisah balik rumah tadi, saya jumpa 4 ekor anak kucing bawah almari solek
Saya tak kenal mak kucing ini
Dia telah mengonggong baby2nya masuk ke bilik tanpa persetujuan saya
Bila diperiksa, rupa2nya pintu bilik tidak ditutup pagi tadi
Maaf saya tak setuju dapat roomate yang belum pandai jaga diri macam ni
Dah la berlima anak-beranak, bukan saya tak sudi cuma saya keberatan
So saya sediakan kotak di luar beranda bilik tanda keprihatinan
Semoga anda anak-beranak hidup tenteram di situ ye :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.selamat.tahun.baru.

Selamat Tahun Baru 2012
(Kisah my blog)
Alaaa....blog banyak terbengkalai
Gagal mencecah 100 post untuk tahun 2011 :)
Heee don't worry..macam la penting sangat kan?
Haish nampak konon2 busy sampai tak sempat nak posting
Owh saya tukar template hari tu
Semua blog list hilang, terpaksa update semula ikut daya ingatan je

(Kisah my master)
Tapi memang busy pun
Dengan kelas master memanjang setiap Sabtu & Ahad
Asyik2 kuliah, test, term paper, presentation
Itulah..dulu degil..malas nak habiskan kat tempat lama 
Sabar2 bulan 6 ni abisss..insyaAllah

(Kisah my UIA tercinta)
11 Januari ni mula semester 3 di UIA
Seperti biasa saya akan menganaktirikan pelajar2 kelas sendiri
Demi memberi laluan pada sesi add/drop pelajar2 bermasalah
Teaching load para post bearers cuma 5-8 jam..jangan marah ye
Ini kes kekurangan group dari department2 lain
Ada kisah staff nak ambil unpaid leave
Ada kisah staff nak stepdown
Ada kisah staff naik pangkat
Ada kisah staff dah tak nak jadi Academic Advisor? :)
Bole tak biarkan saya & dunia saya tanpa gangguan keje2 admin?
Eh kawan2..amacam tangga gaji baru SBPA..syok tak?
Alhamdulillah kan..saya dapat kenaikan dlm RM300
Kak dayang kata dia dapat naik RM7k, Kak Ana dapat RM6k..biar betik kakak2ku ini?
Kalah datuk dean gini kak..camno tu?Tak pun bagi separuh kat saya tiap2 bulan :p
Bercerita pasal cuti pula, saya carry forward ke 2012 sebanyak 39 hari
Campur cuti tahun 2012 jadi 69 hari
Banyak tu..malas nak simpan goldenhandshake 
Kalaulah boleh jual..dah kaya nih :)
Lagi satu, selamat datang pada roomate baru KakNgah
Kemas bilik, kemas bilik..orang Nilai nak datang
Welcome welcome hehe

(Kisah masa depan)
Ikut percaturan saya bulan2 yang affected ialah bulan Mac & Nov
Tapi ikut percaturan dia..bukan May
Ikut kalendar cuti sekolah bulan 3, 5, 8 & 11
Pening2..takpe kita plan slow & steady
Jodoh, rezeki, ajal, maut di tangan Allah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.jangan.salin.dan.tampal.

Wah mmmanyaknye copy n paste punye kerja!

Berusaha mengurangkan ke seminimum mungkin..rephrase rephrase
Wauwee ini baru ORI ! senyum lebar tatkala menghantar report & term paper

Alkisah, mula semester ni pihak fakulti dah strict sikit untuk mula menggunakan Turnitin. Universiti bayar agak mahal untuk lesen software ni, so diwajibkan setiap term paper dan report kena attach sekali report dari website nih. Maklumlah students ni gemar amik hasil oarang lain, pastu claim diri sendiri punya idea. Software ni akan tunjukkan segala macam rantaian berwarna-warni hasil cedokan idea yang kita copy tu. Memang menakutkan mengagumkan! Lepas ni confirm semua student kita lebih bersih dari unsur2 copycat :)  Untuk thesis kena dapatkan similarity dalam <5% sahaja. Untuk term paper pula 15-30% tu dimaafkan. Student yang teror akan cuba minimumkan sehabis mungkin sampai 0%...itupun kalau rajin menghadap komputer dan melakukan kerja2 suntingan.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS